
Sulit
4 tahun
Membuat bunga. Dengan seorang yang tidak tahu status HIV tpi sy memakai kondom
Sy lelaki, ada buat hubungan berisiko dengan seseorang melalui dubur(tapi memakai kondom)… Seseorang itu sy tidak mengetahui status HIV nya… sy ada buat test d klinik kerajaan pada 5 hari lepas hubungan tersebut result adalah negatif… selepas itu. Lepas 2 minggu sy test kembali result adalah negatif juga…sy menyesali atas apa yg sy buat… apa pandanga doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda. Untuk makluman anda, virus HIV boleh tersebar melalui perkara berikut:
- Aktiviti seks bebas dan rambang tanpa perlindungan
- Perkongsian jarum dalam kalangan pengguna dadah
- Lahir daripada ibu yang positif HIV
- Transfusi darah yang mengandungi virus HIV
- Needle prick injury dalam kalangan pekerja kesihatan
Sebagai nasihat dan peringatan, hubungan seksual secara bebas tanpa ikatan ataupun hubungan seksual sesama jenis adalah satu aktiviti yang tidak sihat. Elakkan diri daripada terus terlibat dengan aktiviti seperti ini dan mengubah gaya hidup anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.