
Sulit
4 tahun
Membuat hubungan seksual
saya lelaki berumur 20 tahun, di sini saya ingin membincangkan dengan doktor tentang hubungan seksual contoh ; sepasang kekasih membuat hubungan seksual, air mani lelaki tersebut terkena sekitar pada bahagian kemaluan wanita tersebut tetapi zakar lelaki itu tidak masuk ke dalam faraj wanita, adakah ia berpotensi boleh menyebabkan kehamilan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, sekiranya anda bersama dengan pasangan tanpa penetrasi kemungkinan untuk pasangan anda hamil adalah rendah. Namun begitu, kemungkinan untuk pasangan anda hamil juga boleh berlaku sekiranya titisan air mani lelaki termasuk kedalam vagina. Bagi mendapatkan kepastian mengenai status kehamilan, pasangan anda boleh lakukan ujian kehamilan UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan.
Terdapat beberapa tanda kehamilan iaitu:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar\
Untuk mengesahkan kehamilan, anda perlu berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan dan menjalani beberapa prosedur lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.