
Sulit
3 tahun
Memikirkan perkara buruk bakal berlaku
Saya seorang wanita berumur 15 tahun yang mengalami masalah ini bermula 3 minggu yang lepas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan anda, saya memahami bahawa anda memngalami masalah kerungsingan dan sering memikirkan perkara buruk sejak 3 minggu lepas. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah kerungsingan serta memikirkan perihal perkara buruk adalah normal kecuali bila ia menjejaskan aktiviti seharian. Beberapa aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengurangkan pemikiran negatif atau pesimistik. Antaranya adalah:
- Bersukan atau beriadah
- Mengambil nafas yang dalam dan tenangkan fikiran
- Pengakuan serta berfikiran positif (positive affirmations)
- Mengurangkan pengambilan kafein
- Meditasi atau mengamalkan aktiviti Mindfulness
- Mengamalkan sleep hygiene yang betul
Sebarang pertanyaan lanjut, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.