
Sulit
3 tahun
Mempunyai bintik putih pada bawah zakar dan di bahagian pangkal zakar
Hai Dr. Saya berusia 20 tahun. Saya mempunyai bintik putih yang sedikit pada bawah zakar, tetapi tidak merebak dan mempunyai bintik putih pada keliling pangkal batang zakar yang agak banyak. Adakah itu hanyalah minyak pada struktur kulit atau sebaliknya? Minta penjelasan dari pihak Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kebersihan pada kemaluan tidak memuaskan
- Kecederaan pada kemaluan
- Jangkitan pada kulit sekeliling
- Jangkitan pada kemaluan (virus, kuman, kulat)
Perkara atas biasanya menyebabkan gejala yang anda mengalami ini. Punca gejala yang serupa sekali ini amat sukar untuk dikenal pasti tanpa perincian.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar kami.