Anonymous
6 tahun
Mempunyai gejala seperti herpes genital
Hi, saya berumur 33 tahun, telah berkhawin.saya tidak mengamalkan seks bebas. Tiga hari lalu saya mengesan terdapat seperti ulser di bibir faraj yang kemudiannya merebak banyak hingga ke bahagian anus. Ulser/blister telah pecah dan amat pedih terutamanya terkena air atau kain. Saya juga terasa pedih saat membuang air kecil kerana luka ulser itu. Sejak dua hari lalu juga saya mengalami demam berulang tapi telah pulih. Selain itu, saya juga mengalami kesakitan di bahagian atas pelvis. Saya ingin ke klinik tetapi malu untuk melakukan pemeriksaan dibahagian alat sulit. Saya juga bimbang sekiranya suami saya mempersoalkan bagaimana saya boleh dijangkiti herpes (sekiranya betul). Adakah ubat antiviral bagi herpes ada dijual di farmasi atau klinik?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan berserta ulser/luka/ruam yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan HPV virus
- Jangkitan Sifilis
- Jangkitan kurap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) atau pun di link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































