
Sulit
4 tahun
Mempunyai ketuat kelamin
Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Jika seseorang lelaki / wanita mempunyai ketuat kelamin. Adakah cara-cara bagi menghilangkan ketuat tersebut?. Melalui treatment ataupun suppliment. Kalau treatment kos berapa? Kalau suppliment suppliment apa yang dipercayai. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Ketuat atau papilloma atau warts merupakan ketumbuhan yang tidak berbahaya di bahagian kemaluan. Ketuat biasanya disebabkan oleh human papilloma virus atau HPV. HPV yang paling kerap menyebabkan ketuat adalah HPV jenis 6 dan 8. Ianya merebak melalui hubungan kelamin atau dari ibu ke anak semasa proses kelahiran. HPV biasanya menyebabkan ketuat yang berwarna kulit atau merah jambu yang kebiasaannya lembut, tertimbul dan tidak menyebabkan kegatalan atau kesakitan. Ketuat yang tidak dirawat dari awal berupaya menjadi saiz yang lebih besar.
Ketuat yang kecil kadang kala akan hilang dengan sendiri. Jika ketuat tidak hilang, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang paling sesuai untuk anda. Hal ini kerana, anda tidak boleh merawat ketuat di bahagian kemaluan dengan menggunakan ubat yang didapati di farmasi. Ianya harus dipreskrib oleh doktor. Mengenai rawatan, ianya bergantung dengan hospital atau klinik yang anda pergi.
Selain itu, tiada makanan tambahan yang terbukti boleh merawat masalah ketuat setakat ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang paling sesui, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.