
Sulit
5 tahun
Mempunyai penyakit epilepsy
Assalamualaikum doc . Boleh tak terangkan kenapa anak buah saya kerap terkejut dan badan menjadi kejang bila terdengar bunyi batuk atau sesuatu bunyi yang kuat ? Disebabkan perkara tersebut badan anak buah saya terdapat banyak lebam dan kpala pun sering terhantuk menyebabkan benjolan . Dia di diagnos mempunyai epilepsy beberapa tahun lepas . Dia baru berumur 4 tahun sekarang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sila pastikan lagi sekiranya yang dimaksudkan terkejut adalah episod sawan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.