
badrufa
4 tahun
Men boobS cara atasi
Hai doktor, macam mana kita nak tahu kita kekurangan testosterone dalam badan. Dan apa solution nya …

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Umumnya gejala yang dialami boleh disebabkan oleh:
- peningkatan lemak yang berlebihan
- tanda-tanda obesiti
- kadar hormon estrogen yang terlalu tinggi
- kadar hormonestrogen yang terlalu rendah
- gangguan genecomastia
- efek sampingan dari ubat
Buat sementara waktu anda boleh mula melakukan perubahan gaya hidup seperti:
- banyakkan bersenam dan bersukan
- pemakanan yang sihat dan berkhasiat
- turunkan berat badan
- jauhkan diri dari faktor stress
Inginkan nasihat tentang metabolisma anda? Pakar kami sedia membantu
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.