
Sulit
4 tahun
Menambahkan ketinggian
Saya berumur 16 thun dan sy seorang perempuan, tinggi sy 149cm pda thun 2021, jadi, blh kan doktor memberitahu tahu sy apakah mknn yg blh meninggikan ketinggian bdn sy, family sy sentiasa desak sy untuk mkn nasi byk, namun sy seorng yg cpat kenyang… jadi apakah mknn yg blh sy mkn untuk menambhkan ketinggian bdn

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ketinggian bergantung pada faktor genetik dan interaksi dengan pemakanan. Faktor pemakanan adalah penting ketika awal usia kerana badan memerlukan nutient untuk tumbesaran termasuklah tulang. Apabila seseorang itu sudah mencapai usia 21 tahun, proses untuk tinggi akan terhenti kerana tulang panjang dalam badan sudah pun mencapai kematangan usianya.
Antara usaha yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan ketinggian anda adalah:
- Memakan makanan yang seimbang
- Perbanyakkan buah dan sayuran dalam diet anda
- Dapatkan tidur yang secukupnya
- Bersenam
- Amalkan postur badan yang betul
Antara makanan yang boleh membantu untuk meningkatkan ketinggian adalah:
- Kekacang
- Ayam
- Kacang almond
- Sayuran hijau
- Ubi keledek
- Susu
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.