
hudasaidak
6 tahun
Mencari pil perancang yang boleh berhenti susu badan
Saya berumur 29Tahun. Mempuanyai anak kembar yg masih menyusu badan. Saya nak berhentikan susu badan dan ingin mencari pil perancang yang sesuai.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan soalan anda, apa yang saya faham adalah anda ingin berhenti menyusukan anak dan ingin mencari pil perancang.
Untuk mendapatkan pil perancang yang sesuai untuk anda, adalah lebih disarankan untuk anda mendapatkan rundingan dengan lebih lanjut. Hal ini kerana banyak faktor yang mempengaruhi pemilihan pil perancang bagi seorang wanita.
Buat masa ini, tiada pil khas yang boleh membantu memberhentikan susu badan. Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini serta tentang pil perancang yang sesuai untuk anda, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Ia adalah percuma dan privasi anda akan kami jaga.
Terima kasih.