
micah.abdrashid
4 tahun
Mencari ubat asma yang sesuai
saya mempunya asma tapi bukan dari kecil,saya dapat asma masa umur 20 tahun.tapi asma ni bukan jenis yang teruk,saya boleh bersukan tanpa perlu mengambil inhaler,juga boleh sprint tanpa perlu inhaler selepas habis sukan.kebiasaannye saya perlu sedut inhaler pada waktu pagi ataupn cuaca sejuk berpanjangan.sebelum ni saya gunakan Aerocort HFA Inhaler(Salbutamol,Beclometasone,Dipropionate CIPLA).Masalahnye sekarang ubat ni dah tiada dijual di semua farmasi.Sebab ade jugak try inhaler y lain sebelum ni,tapi tidak memberi kesan langsung…boleh cadangkan inheler yang lain yang mempunyai fungsi yang sama jenis?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebelum kami boleh mendacangkan ubat yang sesuai untuk anda, pemeriksaan menyeluruh hendaklah dilakukan terlebih dahulu dengan doktor kami. Hal ini kerana setiap jenis ubat asma mempunyai fungsi tersendiri dan tidak sesuai untuk semua orang.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.