
syasyazwani34
4 tahun
Mencari Vitamin C yang sesuai untuk penghidap G6PD
Saya berusia 21 tahun penghidap G6PD , saya bekerja dalam sektor chemical engineering, jadi saya terdedah oleh bahan kimia dan sinaran bahaya , saya ingin mengambil vitamin C tapi saya tkpasti jenis vitamin C yang di jual di pasaran yang saya boleh ambil ? Adakah blackmores vitamin C sesuai dengan penghidap G6PD ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ia jarang memberi kemudarat kepada pesakit G6PD. Namun, bagi mengelakkan kemudaratan anda disarankan untuk tidak mengambil vitamin tersebut. Jika anda merasakan perlu untuk mengambilnya,disarankan merujuk doktor agar pemeriksaan dapat dilakukan dan dos yang sesuai dapat diberikan berdasarkan tahap kesihatan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.