Sulit
4 tahun
Mencegah hamil tidak menggunakan ubat perncang atau apa apa suntikan
Apakah cara terbaik untuk saya mencegah kehamilan melalui makanan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai cara untuk mencegah kehamilan. Antaranya:
- Penggunaan kondom
- Pil makan yang diambil 21 hari/28 hari
- suntikan perancang setiap 3 bulan
- alat pencegah kehamilan di rahim dalam masa 5 tahun.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu, masih belum ada makanan khusus yang dikaji boleh mencegah anda daripada hamil. Sekiranya anda tidak berkeinginan untuk menggunakan mana-mana kaedah perancang kehamilan, anda boleh mencegah daripada melakukan hubungan seksual pada masa subur anda. Anda boleh pelajari cara menghitung waktu subur anda dengan klik di sini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih



































