Sulit
4 tahun
Mencegah kehamilan ketikaa dia sudah punyai ciri ii kehamilan ataupon mencegah mengadung ketika dia sudah tahu dia mengadung
saya telah melakukan seks dengn bini saya sekitar semingu lalu saya tidak tahu akan dia mengadung atau tidak jikalau dia sudah mengadung macam mana mahu mengelakan dia dripada mengadung adakah apa apa yang perlu saya lakukan untuk mencegah perbuatan tersebut kerana saya tidak bersedia lagi untuk menjadi bapa tolong saya !!!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, isteri anda berkemungkinan hamil sekiranya haid beliau datang lewat dari biasa dan keputusan ujian kehamilan menunjukkan keputusan positif (dua garis atau double line). Namun begitu, keputusan ujian tersebut perlu dirujuk kepada doktor untuk membuat pengesahan kehamilan.
Jika disahkan hamil oleh doktor, kehamilan perlu diteruskan kerana kandungan tidak boleh digugurkan melainkan ia mendatangkan kesan negatif kepada ibu hamil.
Sekiranya anda ingin melakukan hubungan seksual dan mengurangkan risiko kehamilan, anda perlu melakukannya dengan memakai kondom sebagai kaedah perlindungan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



































