
Sulit
5 tahun
Mencuba iktiar hamil
Hi Dr sya ingin bertanya lebih langsung di di sini,sya sudah 2 tahun lebih berkahwin, dan ingin. mempunyai anak, dan soalan sya di sini di mana sya harus dapatkan nasihat dari Dr tentang masalah saya,dan di mana saya harus berjumpa dengan Dr Dan hospital mana,kalau lebih cepat lebih bagus,saya teringin mempunyai zuriat, cukuplah seorang walau tak banyak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejatera.
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sukar untuk hamil ini memerlukan maklumat terperinci dari segi anda dan juga pasangan. Hal ini kerana, kesukaran untuk mengandung boleh disebabkan:
- Faktor wanita - seperti Sindrom Polisistik Ovari, tiub fallopian tersumbat, masalah hormon
- Faktor lelaki - seperti sperma kurang, atau tidak aktif, masalah hormon
Anda boleh ke hospital atau klinik pakar wanita untuk memeriksa sekiranya anda mengalami apa-apa masalah kesuburan. Suami anda akan turut sama diperiksa. Rawatan yang selanjutnya akan disarankanoleh doktor yang membantu anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.