
Sulit
4 tahun
Mencuba untuk hamil selama satu tahun. Mengambil ujian upt mengelirukan
Saya wanita umur awal 30an. Dah kawin setahun lebih dan mencuba untuk hamil tetapi belum berjaya kerana kitaran haid saya yg irregular. Saya sekarang belum datang haid selama sebulan dan baru tadi saya mengambil upt test. Test menunjukkan 1 garis dah garis kedua samar(diatas sedikit terang dan dibawah kabur) dan selang brpa jam saya mencuba membuat upt test lagi dan ujian saja hanya menunjukkan satu garis sahaja. Ada kah saya positve mengandung? Dan kenapa upt kedua saya negative?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid tidak teratur, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Berat badan: Berat badan berlebihan boleh mengganggu kitaran haid
- Jadual aktiviti harian yang terlalu sibuk
- Tekanan emosi atau stres
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Penggunaan ubat-ubatan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada anda mengandung ataupun tidak kerana ia memerlukan pengesahan doktor dan beberapa ujian dan siasatan perlu dilakukan untuk mengetahui status kehamilan anda. Terdapat beberapa sebab mengapa kit ujian kehamilan boleh menjadi negatif ataupun samar-samar:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera untuk mengesahkan status kehamilan anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.