
Anonymous
5 tahun
Mendapatkan Berat Badan Ideal dan Bentuk Payudara Idaman
Selamat Sejahtera Doktor.
Dr., Saya seorang ibu kepada 3 anak, berusia 31 tahun. Saya menghadapi masalah bentuk payudara yang kecil. Sejak saya berhenti menyusukan anak ketiga, payudara saya menjadi leper boleh dikatakan seperti tiada isi yang tinggal hanyalah puting sahaja.
hal ini telah menyebabkan saya setiap hari merasa rendah diri.
untuk pengetahuan doktor, ketinggian saya ialah 150cm dan berat saya 43kg (waktu ini)
saya telah banyak membaca cara2 bagaimana mendapatkan berat badan yang ideal, cara makan dan diet yang sepatutnya saya lakukan namun sudah puas saya mencuba berat saya masih dibawah bmi.
rentetan itu, saya merasa rendah diri setiap kali bersama suami. saya mula merasakan diri tidak cantik, tidak menarik, tidak berkeyakinan dan seriing merasa rendah diri jika melihat wanita2 lain mempunyai bentuk tubuh yang sempurna.
bantulah saya doktor, cara bagaimana untuk mendapatkan berat badan ideal, dan membesarkan semula payudara secara sihat. saya tidak berani mencuba produk2 yang dijual berleluasa kerana bimbang kesannya yang tidak menjadi selain dari merugikan wang ringgit.
saya mohon jasa baik doktor bantulah saya.
sekian.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, kekurangan berat badan. boleh disebabkan oleh pelbagai perkara:
- Masalah genetik atau keturunan.
- Usia yang makin meningkat
- Kurang makanan dan minuman yang berkhasiat.
- Menghidap penyakit-penyakit serius seperti hyperthyroidism
- Kencing manis type 1
- Masalah penghadaman seperti penyakit seliak (Coeliac disease)
- Stres atau tekanan emosi dan mereka yang menghidap penyakit psikiatrik seperti kemurungan atau anorexia nervosa
Antara langkah yang anda boleh ambil untuk meningkatkan berat badan adalah
- Mengamalkan diet yang seimbang untuk menambah berat badan
- Senaman untuk menambah berat badan.
- Membina otot
- Bagi pesakit yang menghidap penyakit serius, ubat-ubatan boleh digunakan untuk menambah selera makan (atas nasihat doktor)
- Zat-zat tambahan (supplemen) yang mengandungi vitamin dan mineral
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sebelum memulakan sebarang pengubatan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.