
Sulit
4 tahun
Menentukan simptom kehamilan atau tidak
saya 20, saya melakukan seks bersama suami saya pada 9 pm dan keesokkannya saya period, waktu period… bahagian rahim saya sentiasa berasa sakit, dan period saya stop pada hari keempat. sebelum ni period saya berjalan lancar dan stop pada hari ketujuh. sekarang, badan saya berasa lesu, berasa loya, dan nafsu makan naik mendadak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, seperti yang dinyatakan sebelumnya, sekiranya anda mengalami suatu tempoh pendarahan haid setelah melakukan hubungan seksual, anda berkemungkinan besar tidak mengandung. Namun jika anda menginginkan kepastian, anda boleh melakukan ujian kehamilan.
Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Secara umum, antara tanda-tanda awal kehamilan ialah:
- tidak datang haid
- payudara yang bengkak dan sakit
- loya atau muntah atau dengan muntah
- kerap kencing
- kelesuan
Simptom/tanda tersebut adalah berbeza mengikut individu. Anda boleh membaca lebih lanjut dengan klik di sini. Untuk kepastian, ujian kehamilan disyorkan untuk dilakukan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, sekiranya gejala yang anda alami semakin berlarutan dan mengganggu aktiviti harian anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna berserta rawatan.
Jika anda masih mempunyai pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih