
Sulit
4 tahun
Mengalami bintik2 ungun di kedua belah paha
saya gadis berusia 19 tahun,semalam tiada pon bintik2 ungu tu tapi pagi ni saya tengok bintik2 ungu tu ada di kedua belah paha saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Bintik-bintik ungu pada kedua-dua belah peha, boleh disebabkan oleh beberapa jenis gangguan mahupun penyakit, antaranya:
- gangguan pembekuan darah
- demam denggi
- trauma luka dalam atau dibawah lapisan kulit
- penyakit sistem saluran darah (baca: blood circulatory system disease)
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.