
Sulit
4 tahun
Mengalami bisul pada bahagian zakar
Saya mengalami bisul pada zakar ianya tidak sakit tapi bila ditekan pada bahagian bisul tersebut terasa pedih sedikit adakah bisul itu akan hilang dengan sendirinya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Gigitan serangga
- Radang kulit
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Sukar ingin kami katakan sama ada bisul tersebut akan hilang dengan sendiri ataupun tidak kerana maklumat lanjut mengenai keadaan anda amat diperlukan dan pemeriksaan perlu dilakukan. Rawatan hanya dapat diberikan berdasarkan diagnosis. Perkara ini perlu diberikan perhatian oleh anda dan doktor kerana kami bimbang ia boleh menyebabkan komplikasi.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dihadapi. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.