
Sulit
3 tahun
Mengalami cecair berwarna coklat dan kebas pada jari jemari sebelah kiri
saya tak dapat tidur nyanyak,letih,kadang kadang rasa panas dan berpeluh,pening sikit…tapi hari ini kemaluan saya mengeluarkan cecair yang berwarna coklat dan jari kanan saya rasa kebas…sedangkan umur saya baru 15 tahun.kitaran haid saya juga tidak teratur…mengapa doktor?saya rasa risau sebab kali pertama mengalami nya.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang kemaluan yang mengeluarkan cecair berwarna coklat disertai gejala kitaran haid tidak teratur dan jari kanan terasa kebas. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala kitaran haid yang tidak teratur yang disertai gejala keluar cecair coklat dan kebas pada jari boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- ketidakstabilan hormon
- kesan sampingan perancang keluarga
- ovulation spotting
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- jangkitan kelamin
- PCOS
- endometriosis
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.