
Sulit
4 tahun
Mengalami cecair bewarna Koko selama 4 Hari semasa Hamil adalah normal ataupun tidak
Hi Dr saya nak Tanya 4hari saya mengalami cecair Koko Dalam 3,4 titik sehari, sekarang saya Hamil 5minggu normal ke Dr? Dan apabila saya batuk atau bersin saya merasa sakit Di bawah perut kiri

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan akibat implantasi hasil persenyawaan (normal)
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Kehamilan molar
Atau ia juga boleh disebabkan dari:
- Pendarahan selepas hubungan seksual (i.e. trauma, iritasi lapisan mukosa, kekurangan pelincir, dll)
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Justeru itu, saya tetap menyarankan puan dan suami untuk pergi mendapatkan bantuan yang lebih komprehensif di klinik atau hospital yang bedekatan, dan bersedia denagn sebarang kemungkinan.
Walau bagaimanapun, sementara itu, puan juga disarankan untuk perbanyakkan berehat, kurangkan aktiviti harian melainkan yang mustahak, jangan lupa makan dan minum, sentiasa berfikiran positif namun perlu berpaksikan realiti dan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.