
Sulit
5 tahun
Mengalami darah haid yang tidak teratur
saya wanita 27 tahun saya ada mengalami masalah haid… Saya telah memeriksa doc dan doc mengatakan bahawa setiap orang akan mengalami perubahan hormon selepas berkahwin … saya nak minta pandangan doc … situasi saya mcm ni … saya telah datang haid lebih kurang 2 minggu selepas dr 2 minggu darah saya berenti tetapi suddenly termasuk hari ni darah saya keluar lagi tp dlm kuantiti sikit … saya ada 1 penglaman 2 bln lalu rasanya dlm 1 bulan saya telah haid 2x… haid yg pertama langsung tiada rsa senggut tapi haid yg kedua perut saya sakit yg teramat sehingga doc memberi saya ubat hentikan darah btw doc ada scan rahim saya dan mengatakan bahawa rahim sya bersih tiada masalah … apa yang harus saya lakukan dan doc tu ada mengatakan saya tidak boleh terlalu stress…ada kaitan tak stress dgn haid??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebelum rawatan boleh diberi, punca masalah anda haruslah diketahui. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.