
Anonymous
5 tahun
Mengalami gatal2 vagina
Sy wanita berumur 30thn.anak 3.sy m’punyai masalah vagina gatal baru2 ini.yang teramat sangat.pelbagai ubat dan krim telah sy gunakan.antaranya krim clotrimazole 1%,vaginal pil yg masuk dlm vagina pon sy pakai.antibiotik.sume xjalan.sampaikan gatal2 tu b’panjangan 4,5 jam.sy tidak tahan.sy juga tidak mengalami keputihan,atau bau2an.sy juga mengamalkan suntikan provera bgi family planning.sudah hampir 3 thun.mcm2 remedi sy amalkan.air garam.semua xjadi.malah b’tambah gatal.pada bhgian clitoris,labia majora dan di labia minora shj.tlg beri penjelasan lebih lanjut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti jantina, sudah berapa lama gatal muncul dan apakah terdapat gejala lain seperti demam?
Secara umum, gatal di kemaluan boleh terjadi disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Alahan(sensitif kepada fabrik tertentu dan sebagainya)
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik atau kortikosteroid untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih