
Sulit
3 tahun
Mengalami hidung tersumbat
Saya sering mengalami hidung tersumbat hampir setiap malam. Akan tetapi baru ii ini,ketika saya mengalami hidung tersumbat,saya dituduh mengalami simptom covid 19. Jd saye memerlukan penerangan jika hidung tersumbat juga merupakan salah satu simptom covid19

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami bahawa anda berasa bimbang mengenai masalah hidung tersumbat. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah hidung tersumbat boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Sinusitis
- Rhinitis
- Polyp hidung
- Ketumbuhan
- Septum deviation
Manakala, simptom Covid adalah seperti berikut:
Gejala yang sering:
- Demam
- Kelesuan
- Batuk
Gejala yang tidak sering:
- Sakit tekak
- Cirit-birit
- Conjunctivitis
- Sakit kepala
- Hilang deria rasa dan bau
- Ruam di kulit
- Kuku di jari tangan dan kaki menjadi pucat
Gejala yang serius:
- Kesukaran bernafas atau sesak nafas
- Sakit dada
- Tidak boleh bercakap atau bergerak
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.