
Anonymous
5 tahun
Mengalami kegatalan bahagian alat sulit
saya wanita berumur 27tahun saya da berkahwin mempunyai satu anak. saya mengalami bahagian alat sulit dari pas keguguran anak kedua. hampir sebulan da begini.sampai kan susah nak tedur malam.dan jugak bahagian kelangkang da mula merah n mengelupas.dan dapati jugak bahagian jahitan lepas bersalin mula bengkak. tapi tak da la pulak mengeluarkan bau cuma keputihan.sekarang ni saya priode da dekat dua minggu keluar hanya sikit2 jak. kadang lancar kadang tidak. adakah mungkin ni penyebab dari keguguran apa ubat saya boleh minum tuk hintikan kegatalan apalagi tenga priode gini???

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan puan.Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologik dan keputihan patologik.
Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Cirir-ciri keputihan fisiologik ialah:
• Lendir yang cair dan tidak melekat
• Berwarna putih atau krim
• Tiada bau
• Jumlah yang sedikit
• Hanya semasa subur dan sebelum haid
• Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
• Lendir yang kental dan melekat
• Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
• Berbau busuk
• Jumlah yang banyak
• Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
• Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Selain itu, puan juga ada menyebut tentang bahagian jahitan. Terdapat kemungkinan luka tersebut tidak sembuh dengan baik atau mengalami jangkitan. Puan juga mengalami masalah haid sedikit dan tidak lancar, namun begitu keterangan yang puan berikan tentang gejala ini serta latar belakang kesihatan puan seperti tentang keguguran dan bersalin adalah tidak begitu jelas. Oleh itu, kami tidak dapat memberikan jawapan secara menyeluruh memandangkan kami tidak mempunyai maklumat yang lengkap.
Puan amat disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor agar komunikasi dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan lengkap. Sila rujuk kepada doktor kami di link ini (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara atas talian.