Sulit
5 tahun
Mengalami kegatalan pada kemaluan saya
saya berumur 18 tahun Dan mengalami kegatalan pada kemaluan saya…awalnya teruk sekarang dah okay tapi hari ii gatal
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan dikemaluan boleh disebabkan:
- Jangkitan virus seperti Herpes genital dan HPV virus
- Jerawat
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Penyakit kelamin berjangkit seperti gonorrhoea
- Jangkitan kulat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































