Sulit
5 tahun
Mengalami kulit kemaluan yang kering
Saya mengalami masalah kulit zakar kering dan menggelupas…ini terjadi hampir 5 bulan dan telahpun mendapatkan rawatan tetapi tiada perubahan…kadangkala terjadi juga ereksi tanpa rangsangan semasa tidur dengan kerap hibgga mengganggu waktu tidur saya…perasaan ingin membuang air kecil juga berkurang dan air kecil yang keluar juga perlahan tetapi tiada nanah atau darah kelihatan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah kulit zakar kering dan menggelupas. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Dehidrasi
- Produk pencuci yang tidak bersesuaian
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Kecederaan pada zakar
- Radang kulit di sekitar kawasan kemaluan
- ekzema
- Masalah kesihatan lain yang menjejaskan kelembapan kulit anda.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor


































