
Sulit
4 tahun
Mengalami Masalah Gout
saya nak tanya sekiranya mengalami gout. adakah air soya boleh diminum/perlu elak/boleh tapi dalam kuantiti yang sikit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang gout.
Untuk makluman anda, mana-mana produk yang mengandungi soya tidak menyebabkan gout atau meningkatkan risiko penyakit gout. Anda boleh meminumnya tanpa risau. Gout boleh disebabkan oleh tahap ‘uric acid’ dalam badan melebihi daripada kadar yang normal. Hal ini boleh membawa kepada pengumpulan kristal yang disebabkan oleh kelebihan ‘uric acid’ tersebut. Kristal ini kemudiannya akan merebak ke bahagian sendi dan berkumpul dan mengakibatkan keradangan sendi tersebut.
Penyebab utama kenaikan tahap ‘uric acid’ ialah amalan pemakanan. Hal ini kerana terdapat beberapa jenis makanan yang sekiranya tidak dikawal boleh menyebabkan berlakunya penyakit gout ini. Diet yang kita amalkan haruslah berkhasiat dan jika boleh hindarkan dari memakan makanan jenis ini. Contoh makanan yang harus diawasi ialah makanan yang kaya dengan mineral ‘purine’ seperti ikan bilis, udang, organ haiwan, cendawan dan banyak lagi. ‘Purine’ inilah yang membawa kepada tercetusnya tahap uric acid yang tinggi.
Sekiranya anda masih ragu tentang kondisi anda, sila berjumpa doktor di klinik untuk keterangan lanjut.
Masih gusar dengan masalah gout? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.