
Sulit
4 tahun
Mengalami masalah haid selama 1 bulan
Saya wanita dalam umur 19, saya mengalami masalah haid. Sudah satu bulan tidal datang haid. Pada bulan sebelumnya saya datang haid tapi haid itu putus-putus dan hanya sedikit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah haid yang tidak teratur serta lewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.