Sulit
6 tahun
Mengalami masalah haid yang singkat
Selamat sejahtera,saya anie dan berusia 32 tahun,di sini saya ingin bertanya mengenai masalah haid yg saya hadapi…iaitu masalah haid yg singkat selama 3 hari dan pendarahan haid yang tidak berapa banyak hari pertama haid saja darah keluar banyak dan hari ke 2 dan ke 3 tidak seberapa…selain itu saya sering merasakan sakit di bahagian bawah perut seperti terasa ngilu atau kram…tahun lalu saya pernah mengalami keguguran ketika itu usia kandungan 7 minggu…saya tidak mencucinya kerana doktor menyatakan tiada sisa yang tertinggal…di sini saya ingin bertanya adakah normal jika haid menjadi singkat dan darah haid yg keluar tidak berapa banyak…adakah akan menjadi sukar bagi saya untuk mengandung semula?? Saya merasa risau dengan keadaan ini…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, haid kebiasaannya boleh berlaku selama 4 hingga 10 hari. Memandankan anda mengalami haid yang singkat, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah hormon tiroid
- berat badan yang terlalu ringan
- aktiviti sukan/riadah yang berlebihan
- tekanan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























