
Sulit
4 tahun
Mengalami masalah kerap kencing dan lebihan air kencing dalam zakar
Hai…sy berumur 34 tahun.baru2 minggu ini sya mgalami kencing yang menitis sikit dekat seluar dalam selepas buang air kecil.ia sedikit memberi ketidakselesaan kepada sya.sedangkn sbelum ini ok sja.tiada masalah sebegitu…lgpn sy juga jenis yg suka banyak minum air kosong.adakah sy mengalami masalah dekat pundi kencing saya@sebaliknya??mohon pencerahan.terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing atau urinary tract infection
- Karang di dalam salur kencing
- Radang prostat (prostatitis)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted disease)
- Benign prostatic hyperplasia
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala ini juga:
- Sakit ketika membuang air kecil
- Air kencing berwarna gelap atau bercampur dengan darah atau nanah
- Air kencing berbau busuk
- Demam
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.