
Sulit
3 tahun
Mengalami masalah tidak datang period 2 bulan, Dan perut rasa sakit macam senggugut tapi period masih belum datang. Harap doktor dapat membantu, terima kasih
Saya wanita berusia 32 tahun Dan sudah 2 tahun bercerai, soalan sy berkenaan masalah period. Sudah 2 bulan sy xdatang period. Dan sejak kebelakangan ini perut sy asyik sakit macam sakit senggugut tp period tetap xdatang. Apakah sy harus lakukan Dr Dan adakah serius apa yg sy alami sekarang?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang maslah haid anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Umur
- Berat badan yang terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.