
Sulit
4 tahun
Mengalami masalah usus selama sebulan kadang kadang cirit birit kadang kadang berak Normal dan sembelit
Saya pelajar umur 19 tahun saya mengalami pada bulan lepas cirit birit dengan lendir dan kerap kentut dan sendawa pada bulan ni sedikit susah nak berak dan najis normal saya namun malam ni kembali balik najis cirit birit lendir terjadi selepas makan tadi selepas saya buang air besar tadi saya rasa tahan dari rasa sakit perut senak saya ada baca tentang kanser usus dan saya juga membezakan semua simptom kanser usus saya tidak mengalami kehilangan berat badan dan berat berdarah dan selera makan saya normal dan najis saya tidak seperti pensil namun sedikit risau sebab masalah usus ni sudah selama sebulan saya pergi hospital check buat ultra sound pihak hospital cakap perut normal dan saya agak ketakutan sebab simptom berak berlendir saya juga perasan sakit perut ini bermula selepas saya makan tadi dan sudah lega selepas berak tadi

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berak berlendir boleh terjadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan pada usus
- Abses dubur
- Buasir
- Divertikulum
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.