Sulit
2 tahun
Mengalami pening kepala
Saya wanita berusia 24 tahun, saya pening kepala pada 22.08 hari tu sehingga sekarang. Pening kepala mula menyerang saya apabila berjalan di jalan bengkang bengkok. Pada waktu juga saya rasa nak muntah, saya tak boleh baca apa-apa. Kalau tak pemimg kepala lagi menyerang. Saya dah ambil panadol tapi masih terasa pening itu.
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala pening dan rasa loya. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya :
- Anemia
- Dehidrasi
- Hipoglisemia
- Migrain
- Vertigo (disebabkan oleh masalah pada telinga)
- Kecederaan/Ketumbuhan dalam otak
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui punca masalah anda secara tepat.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.