Sulit
4 tahun
Mengalami penyakit kayap namun kesan kayap masih belum sembuh
Maaf saya ingin bertanya ibu saya telah 2 bulan mengalami penyakit kayap. Saya telah membawa ibu saya ke dokter pakar dan dokter tersebut telah memberi ubat antivirus kepada ibu saya. Namun sejak 2 bulan makan ubat tersebut tidak menunjukkan effect positive kepada ibu saya. Ibu saya masih mengalami sakit di bahagian kena kayap tersebut walaupun kayap tu telah hitam.Ibu saya telah mengalami kayap di bhgian pinggang dan peha. Di kawasan peha ibu saya mengalami kebas dan sakit berdenyut. Saya dah tidak tahu nak berbuat apa2 untuk membantunya. Harap dokter di sini boleh bantu saya
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami keadaan anda dan akan cuba membantu.
Untuk pengetahuan anda,selepas ruam kayap telah sembuh, pesakit kayap mungkin masih berasa sakit pada bahagian tersebut untuk beberapa bulan. Perkara ini berlaku dalam 20-40% dari pesakit kayap.
Kami menyarankan anda bercakap dengan doktor melalui atas talian untuk maklumat lanjut.
Terima kasih.





































