Sulit

2 tahun

Mengalami perut dibawah pusat rasa keras dan perut atas pusat macam berdenyut..adakah saya hamil atau pun tidak?

Saya wanita dalam 20an.saya mengalami perut bawah pusat keras dan perut atas pusat rasa macam berdenyut2.adakah saya hamil doc…last period 31/3…saya bersama pada 11/4 tapi tidak berlaku kemasukan cuma bergesel sahaja…apakah boleh terjadi kehamilan??..selepas itu bersama lagi pada 30/4 sama jugak cuma bergesel dan dia lepaskan dekat perut sahaja tapi tidak tahu lah pulak kalau terkena sedikit di bibir faraj saya…dia mahu memasukkan tapi saya melarang… apakah boleh terjadi kehamilan… tapi pada 6/5 saya tidak tahu sama ada saya period atau pun tidak sebab darah keluar bergumpal2 dan cuma datang hanya 3hari kalau tidak salah…adakah darah yang keluar itu sebab terjadinya implasi atau apa doc??..saya pening memikirkan ye.saya tidak mengalami mual dan loya mcm perempuan2 hamil yang lain…dan sekarang perut macam buncit sedikit dan perut bawah pusat masih keras bila saya tekan…apa masalah saya doctor…mohon bantu saya…

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, kehamilan boleh terjadi sekiranya penetrasi berlaku dan juga air mani dilepaskan ke dalam faraj. Sekiranya hanya geselan di luar dan di bibir faraj dilakukan, risiko untuk kehamilan adalah rendah. Berikut merupakan antara faktor yang boleh menyumbang kepada gejala yang dialami oleh anda:

  • Sindrom polisistik ovari atau PCOS
  • Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
  • Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
  • Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
  • Ketidakstabilan hormon
  • Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
  • Tekanan emosi atau stres
  • Kehamilan

Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur dan lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Mengenai pendarahan yang dialami, kami memerlukan maklumat lanjut mengenainya dan juga anda juga digalakkan untuk melakukan ujian kehamilan disebabkan anda tidak datang haid untuk 2 bulan. Selain itu, sejarah kitaran haid anda juga perlu diketahui dengan lebih mendalam.

Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada anda hamil ataupun tidak berdasarkan soalan sahaja. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.

Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

66-700x430

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)