
Sulit
4 tahun
Mengalami sakit dada,nadi dan jantung laju selepas ambil pill pelangsing
Hai doc nak tanya,saya dah 14 hari amil pil kurus dan selepas itu saya mengalami kesukaran untuk tidur dan selalu sukar untuk bernafas kerap sakit dada ,dn saya bru dpt tahu yg produk itu fake,macam mne saya nk hilangkan pill tu dalam bdn saya? Haruskan saya buat detox ? Dan bolehkah saya minum ubat detox dari farmasi ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Disebabkan anda mengalami kesan sampingan yang serius seperti sukar untuk bernafas dan sakit dada, saya sarankan anda untuk pergi ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan dalam hal ini.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.