
riduanumar1986
5 tahun
Mengalami sakit keseluhuran badan
Salam doc… Saya mengalami sakit dh melebihi 1tahun… Satu badan sy sentiasa rasa urat tegang… Bkn sahaja badan tetapi bahagian kaki dan tangan kiri dan kanan,leher… Sampai satu masa sy hendak buang air besar pun susah… Kebanyakkannya sy rasa urat sy tegang di bahagian belakang badan,pinggang,leher,kaki.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Waalaikumsalam. Terima kasih atas soalan yang diajukan
Dari penerangan anda saya dapati anda mempunyai masalah urat tegang. Malangnya dari maklumat yang diberikan, saya tidak dapat memastikan apa yang anda maksudakan dengan urat tegang ini. Banyak lagi soalan yang perlu diajukan untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.