
Sulit
3 tahun
Mengalami sakit & nyeri dada apabila diserang gastrik
Saya wanita umur 25tahun. Saya nak tanya setiap kali saya diserang gastrik, saya perasaan saya mengalami sakit dada di bahagian dada sebelah kiri. Saya tidak mengalami sesak nafas, tidak batuk cuma sering diserang gastrik. Apakah punca sakit dada yang menyerang saya? Terima kasih banyak.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai sakit dada di sebelah kiri. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma dan pneumoni
- Serangan jantung (penyakit koronari jantung)
- Penyakit jantung lain seperti masalah injap jantung
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.