farahana.ariffin
3 tahun
Mengalami sesak nafas yang diyakini berpunca oleh angin dalam badan
Assalamualaikum. Hai doktor. Saya berumur 31 tahun. Sejak 2 minggu ni saya menghadapi kesukaran bernafas. Nafas tak puas. Saya tidak demam, tidak sakit tekak, tidak cirit birit, cuma mengalami sakit kepala yang teruk. Saya percaya kesukaran bernafas saya ni berpunca dari angin yg terlalu banyak dalam badan sehingga saya tidak selesa untuk makan kerana risaukan perut semakin buncit dan sakit dan juga sesak nafas disebabkan angin. Saya sudah mengambil ubat charcoal dimana sudah habis sepapan saya makan tetapi masih tidak menunjukkan kesenangan saya untuk bernafas. Jalan terakhir saya ialah saya ingin ke klinik dan dapatkan injection seperti mana sebelum ini juga saya pernah dapatkan. Tolong saya doktor 
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, konsultasi dengan pihak kami adalah sangat terhad oleh kerana keterbatasan maklumat serta pemeriksaan tidak seperti doktor yang merawat anda. Oleh itu, bukan mudah untuk saya memberi kesimpulan mengenai langkah untuk anda mengatasi masalah anda ini.
Namun begitu, masalah sesak nafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Oleh itu, sekiranya gejala yang anda alami berlanjutan dan semakin parah sehingga menggangu kualiti hidup, saya sarankan untuk anda pergi berjumpa dengan doktor lagi. Untuk mengetahui punca masalah serta rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




































