
Sulit
4 tahun
Mengalami tanda-tanda insomnia
Saya gadis remaja yang mengalami tanda-tanda insomnia. Mengalami kesukaran untuk tidur yang sangat kerap. Patutkah saya berjumpa dengan doktor dan dimana boleh saya pergi untuk mendapatkan rawatan susulan penyakit ini?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Bagi pihak kami, kami sarankan anda mencuba yang berikut untuk memperbaiki masalah insomnia anda iaitu:
- Kurangkan stress, pastikan anda dikelilingi oleh dorongan yang kuat dan sihat
- Seimbangkan pemakanan. Banyakkan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
- Elakkan tabiat merokok
- Dapatkan nasihat kounseling dari pihak berkenaan
- Minta preskripsi anti-depressant daripada doktor anda mengenai masalah tidur ini.
- Banyakkan meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Perbanyakkan senaman yang seimbang.
- Mematikan lampu ketika ingin tidur.
- Pastikan tempat tidur anda dalam keadaan yang selesa dan tenang.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti
Sekiranya perkara di atas tidak dapat membantu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi. Kadangkala penyakit insomnia merupakan salah satu masalah psikatri yang dihadapi pada zaman ini.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.