
Atiqa
6 tahun
Mengamalkan injection perancang keluarga, sekarang period saya tak teratur
Hi doctor…saya seorang ibu berusia 30thn mempunyai 2 org anak…anak sy yg bongsu brusia 9 bln…saya mengamalkan secara injection utk perancang keluarga…sekarang nie sy tgh period…tp period sy tu dh seminggu…itu pun mcm tak teratur…kekadang ada kekadang tiadak ada…itu yg membuatkan saya risau…

6 tahun
Selamat sejahtera. Suntikan perancang keluarga merupakan salah satu kontraseptif yang paling efektif. Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti ketidakaturan haid yang anda hadapi kini.
Suntikan kontraseptif mengandungi progestin yang menyebabkan tahap hormon tertentu itu menjadi rendah sepanjang kitaran anda maka lapisan rahim anda tidak menebal seperti biasanya. Endometrium yang nipis adalah tidak sesuai bagi penanaman telur yang telah disenyawakan maka ini membantu mencegah kehamilan. Tetapi suntikan ini kadangkalanya juga boleh menyebabkan pendarahan yang lebih berat bagi sesetengah wanita.
Sebab-sebab lain yang juga boleh mengakibatkan kitaran haid tidak teratur seperti:
- Gangguan tahap hormon disebabkan perubahan badan seperti kehamilan dan keguguran anak.
- Stres yang tinggi akibat tekanan emosi, gangguan makan seperti anoreksia dan bulimia, perubahan berat badan ketara atau senaman yang melampau.
- Penyakit-penyakit seperti fibroid rahim, endometriosis, sindrom ovari polisistik (PCOS), penyakit tiroid, kanser organ reproduktif dan jangkitan kelamin.
- Kesan sampingan ubat seperti antidepresan, ubat tiroid, penipis darah dan antiepileptik.
Saudari patut mengunjungi doktor untuk menjalankan pemeriksaan lebih lanjut bagi menentukan sebab masalah anda dan mendapatkan rawatan yang sesuai.