
Sulit
4 tahun
Mengambil escapelle, postinor2 dalam masa terdekat serta risau akan kehamilan
Hi, seminggu yang lalu saya mengambil escapelle, dan hrini saya dan pasangan saya melakukan oral sex , dan beliau hanya fingering saya sahaja. Bolehkah saya mengambil postinor-2 pada hari isnin nanti dan masih dalam menstrual cycle yang sama? Adakah dapat membahayakan saya Dan adakah perkara ini dapat menghamilkan saya ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Umumnya, terdapat beberapa jenis pil perancang dengan indikasi dan cara pengambilan yang berbeza, justeru itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor anda kembali atau pakar kesihatan wanita bagi menentukan kaedah rawatan perancangan keluarag yang terbaik buat diri anda saat ini. Selain daripada itu terdapat juga kaedah perancangan keluarga yang lain antaranya termasuk IUCD & suntikan perancang.
Berdasarkan kajian semasa, kondom lelaki didapatkan 95% efektif dalam mencegah kehamilan dan merupakan pilihan perancangan keluarga yang terbaik sementara menunggu kaedah perancang yang disarankan oleh doktor anda.
Lazimnya sesetengah pil perancang akan hanya berkesan jika diambil pada hari pertama haid berlangsung dan berterusan setiap hari, sehingga perancangan keluarga ingin dibatalkan.
Walau bagaimanapun umumnya oral sex dan aktiviti selain penetrasi tidak akan menyebabkan kehamilan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.