
Sulit
4 tahun
Mengambil kembali pil perancang
Hi. Saya baru bersalin anak first 6 bulan lepas by ceaser. Selepas 3 bulan bersalin, nurse mencadangkan untuk mengambil pil perancang. Dan saya ambil pada bulan 3 tersebut. Tapi semasa saya makan pil tersebut, saya tidak bersama dengan suami. Jadi saya tidak meneruskan ubat tersebut selepas habis sepapan. Kini dah dua bulan saya tidak makan pil perancang kerana tidak bersama dan saya bercadang utk makan kembali pil perancang tersebut. Jadi persoalan saya, pada masa bilakah saya patut mula kembali makan pil tersebut? Saya sedang haid hari kedua. Mohon doktor bantu saya yang baru lagi dalam bidang ni

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Umumnya, terdapat beberapa jenis pil perancang dengan indikasi dan cara pengambilan yang berbeza, justeru itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor anda kembali atau pakar kesihatan wanita bagi menentukan kaedah rawatan perancangan keluarag yang terbaik buat diri anda saat ini. Selain daripada itu terdapat juga kaedah perancangan keluarga yang lain antaranya termasuk IUCD & suntikan perancang.
Berdasarkan kajian semasa, kondom lelaki didapatkan 95% efektif dalam mencegah kehamilan dan merupakan pilihan perancangan keluarga yang terbaik sementara menunggu kaedah perancang yang disarankan oleh doktor anda.
Lazimnya sesetengah pil perancang akan hanya berkesan jika diambil pada hari pertama haid berlangsung dan berterusan setiap hari, sehingga perancangan keluarga ingin dibatalkan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.