Sulit
3 tahun
Mengambil obimin sebelum disahkan hamil.. Untuk anak ke 2
Hi doc, saya tengah merancang untuk mendapatkan anak ke 2, bolehkah saya mengambil obimin sebelum saya hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk makluman anda, obimin merupakan multivitamin yang mengandungi vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk kesihatan bayi dalam kandungan dan juga ibu yang mengandung. Suplemen obimin ini biasanya diberikan kepada wanita hamil dan menyusui. Walau bagaimanapun, suplemen ini harus diambil mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor. Oleh itu, kami sangat mengesyorkan agar anda merujuknya kepada doktor perubatan anda sebelum mengambil suplemen ini.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.