
Sulit
4 tahun
Mengambil pil ella dan haid
Hi saya berumur 21 tahun, haid saya habis pada 2/9 dan saya bersetubuh dengan suami saya tanpa perlindungan, dan saya mengambil postinor pada 3/9,kemudian saya risau kerana saya tidak bersedia untuk hamil, dan mendapatkan nasihat dari doctor farmasi untuk mengambil pil ella pada 7/9. Pada harini ini 8/9 saya mendapati ada coklat seperi permulaan period dan pekat dan saya pasti yang saya period. Adakah saya akan hamil? Dan period saya bermula untuk tidak teratur?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Saya memahami keresahan anda dalam hal ini. Haid yang tidak teratur sememangnya tidak normal dan terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan haid seseorang wanita tidak teratur iaitu:
- Ketidakstabilan hormon. Beberapa perkara yang boleh menganggu hormon dalam badan wanita, seperti sindrom polisistik ovari (PCOS), obesiti dan masalah pada kelenjar tiroid.
- Fibroid dan polip rahim
- Kesan sampingan daripada suntikan perancang keluarga
- Kehamilan ektopik, keguguran
- Endometriosis
- Ubat seperti aspirin dan penipis darah
- Penyakit keradangan pelvik
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Pil Ella pula juga merupakan pil kecemasan yang mempunyai fungsi yang sama seperti postinor dengan melambatkan ovulasi agar tiada penghasilan telur untuk disenyawakan dan harus diambil secepat mungkin selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Namun pil Ella boleh diambil sepanjang 5 hari selepas melakukan seks tanpa perlindungan.
Sebaiknya anda perlu melakukan pemeriksaan dengan doktor berdekatan kerana banyak informasi yang perlu diambil kira sebelum memberikan diagnosis yang tepat. Puan juga boleh klik link ini (DoctorOnCall) untuk berhubung secara peribadi dengan doktor kami.
Haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!