Sulit
4 tahun
Mengambil Pil Escapelle
Saya telah mengambil pil Escapelle semalam pada pukul 5pm tetapi sekarang mempunyai tanda seperti sakit period dan belakang sakit. Adakah ini merupakan side effect mengambil pil Escapelle?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya memahami kebimbangan anda tentang gejala senggugut dan sakit belakang yang anda hadapi selepas mengambil pil tersebut.
Terdapat pelbagai kesan sampingan pil tersebut. Antaranya:
- haid tidak teratur
- haid sakit
- muntah/loya
Masalah yang anda hadapi mungkin disebabkan pil tersebut atau masalah lain.
- Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
- Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
- Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
- Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
- Akibat disfungsi tulang belakang biasanya kesan kecederaan
- Chronic back pain biasanya terkait dengan masalah saraf tulang belakang
- Spondylosis keradangan sendi tulang belakang akibat wear and tear
- Spondylolisthesis adalah suatu keadaan apabila tulang belakang tergelincir dari lokasi normal
- Spondyloarthropaties merupakan masalah sendi tulang belakang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.