allihhasarad
6 tahun
Mengambil suntikan 3 bulan
Sya wati umur sya 34tahun sya mengunakan suntikan 3 bulan tapi tahap kesihatan saya semenjak mengunakan suntikan sya sekarang kerap sakit kepala munta dan kerap mengantuk kuat makan persoalan nya kenapa perubahan tu terjadi adakah dari kesan sampingan dri suntikan atau sebalik nya???
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda berikan boleh disebabkan:
- Kesan suntikan perancang - gejala yang anda sebutkan adalah antara kesan yang biasa dialami pengguna
- Migrain
- Ketidak stabilan hormon
- Kencing manis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































