
Sulit
4 tahun
Mengambil supplement probitic
saya lelaki berumur 31 tahun dan saya ada gastrik dan gerd…boleh tak saya ambil suplement probiotik walaupun tiap hari saya ada mengambil sayur dan buahan…ada kesan sampingan tak suplement probiotik ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Secara umumnya, tiada masalah untuk seseorang mengambil supplemen tersebut. Namun, disarankan dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor yang merawat terlebih dahulu.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Secara amnya, kebanyakan orang tidak akan mengalami sebarang kesan sampingan semasa mengambil suplemen tersebut. Namun begitu, terdapat sesetengah orang akan mengalami kesan sampingannya seperti:
- Reaksi alahan
- Sakit perut
- Cirit-birit atau sembelit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.